Sunday, March 5, 2017

Resipi Congo Bar Yang Mudah Dan Enak Seperti Air Tangan Chef


Assalamualaikum & Hai,


Buat apa minggu ni? Dila seronok jalan-jalan di wall rakan-rakan muka buku (fb). Apa yang menarik perhatian Dila hari ini ialah perkongsian resipi Congo Bar yang mudah dan lazat di mata Dila ini.

Suka Dila nak kongsikan dengan anda bahawa Congo Bar ini inspirasi oleh Mama Rana yang memang sedap air tangannya seperti 'brownies', kek hantu dan macam-macam lagi produknya. Macam mana nak hubungi beliau nanti Dila kongsikan ya.

congo-bar-komitsihat-selalu
Telan Air Liur Ya? Sabar!


Bahan-bahan Congo Bar Mama Rana

  • 250g soft pure butter salted (butter dilembutkan)
  • 200g gula perang (jika suka manis-manis buah boleh kurangkan)
  • 3 biji telur gred A
  • 270 tepung naik sendiri
  • 200g semi sweet chocolate chip

Cara-cara Menyediakan Congo Bar Mama Rana

  1. Butter yang telah dilembutkan dikacau dengan senduk kayu
  2. Masukkan gula dan gaul sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung, chocolate chip, telur dan gaul sebati
  4. Siap gaul sebati semua bahan di atas, masukkan adunan dalam loyang 10x10 dan ratakan.
  5. Taburkan chocolate chip dan almond london jika suka sebagai hiasan
  6. Bakar 35 minit dengan suhu 180 C
  7. Sejukkan & Sedia untuk dihidang.

Masih lagi tak pasti ? Baik, Dila kongsikan yang bergambar pula bagi memudahkan anda untuk memahami cara-cara penyediaan congo bar Mama Rana ni ya.

Mula-mula anda lapikkan loyang dengan baking paper. Mama Rana pakai yang sembur sahaja. Senang!


Butter yang telah dilembutkan dan gula dikacau dengan senduk kayu. Mama Rana pakai butter jenama SCS. Mahal sedikit tak apa tapi hasilnya sedap.

 
Masukkan telur dan gaul sebati


Masukkan tepung dan gaul sebati

Kacau sehingga jadi seperti ini. Sama macam anda buat adunan cekodok pisang tu.


Kemudian taburkan chocolate chip dan gaul sebati. Beli yang mahal ya jangan kedekut.


Curah semua adunan dalam loyang. Memang akan jadi pekat dan likat begini. Jadi jangan risau.

Ratakan di dalam loyang sehingga jadi begini.

Taburan almond london dan chocolate coin. Tapi kalau tiada tak perlu risau, chocolate chip pun boleh.

Akhir sekali, masukkan ke dalam ketuhar selama 35 - 40 minit pada suhu 180C.
Tips: Kenali ketuhar masing-masing kerana setiap ketuhar adalah berbeza.
Sebelum keluarkan dari ketuhar ambil sebatang lidi bersih dan cucukkan ke dalam congo bar. Kalau lidi licin itu bermaksud congo bar anda telah masak sepenuhnya.

Langkah terakhir sebelum masuk ke mulut anda yang tak sabar-sabar menikmati congo bar ini kan, sejukkan sebentar sebelum potong. Bukan apa takut melecur mulut anda tu. 😆

Tak pasti juga lagi? Tak dapatlah Dila nak bantu sebab Dila tahu makan sahaja.
Jadi, kalau anda juga seperti Dila boleh hubungi terus Mama Rana melalui  muka buku Leeya Liyana. Pasti anda ulang dan ulang menempah dan membeli dari Mama Rana. SEDAP & TIDAK JEMU.

Kalau risau berat badan naik atau gula tinggi, tak perlu risau yang itu boleh hubungi Dila terus.

Diharap perkongsian resipi ringkas dan mudah cara-cara membuat congo bar Mama Rana ini memberi manfaat kepada anda yang gemar membuat kek atau biskut. Sememangnya congo bar ini lazat dan enak dimakan pada bila-bila masa. Terutama untuk minum petang atau dijadikan bento untuk anak anda ke sekolah.

Terima Kasih Mama Rana & Selamat Mencuba!







Pengedar Sah Shaklee Pelabuhan Klang : Dila

(Shaklee ID: 1161375)

0177305635 (whatsapp /sms)

dilaanaqi.df@gmail.com (email)

buahatiku anaqi (facebook)

COD : Pulau Indah

Anda suka berbisness dan ingin menjadi Pengedar Sah Shaklee ?
Hubungi saya dan group terbaik menanti anda.
















2 comments: